Wednesday, June 18, 2014

REMPAH RATUS : KETUMBAR ( Coriander )


Daun dan biji ketumbar menyumbang banyak kebaikan dari segi perubatan terutama dalam membantu masalah ketidakhadaman dan mencegah infeksi pada luka.Biji ketumbar telah ditemui di dalam kubur Firaun di Mesir.Ia dipercayai digunakan bagi mencegah ketidakhadaman si mati ketika di alam baru.Selain itu,orang Rom purba menggunakan daun dan biji ketumbar utk mengawet daging.Oleh itu,ia juga digunakan utk mencegah atau meredakan infeksi pada luka.Ini kerana ketumbar memiliki beberapa jenis fitokimia yang berupaya membunuh bakteria dan virus.

Untuk mencegah infeksi,cuci luka kecil dengan cuka epal yang dicairkan dengan air dan letakkan serbuk biji ketumbar pada luka tersebut.

Daun dan biji ketumbar juga memiliki kesan anti-keradangan. Mereka yang mengalami arthritis biasanya mengalami rasa sakit akibat keradangan.Mereka boleh menggunakan ketumbar utk meredakan keradangan tersebut.

Ketumbar digunakan secara tradisional untuk masalah penghadaman,hidung tersumbat,kencing manis,atthritis,infeksi luka,perut berangin dan darah tinggi.



Daun ketumbar dan daun sup mempunyai persamaan dari segi fizikal.Tetapi cara utk membezakan daun ketumbar dan daun sup ialah dari segi bau.Daun ketumbar mempunyai bau seperti rempah ratus berbeza pula dengan daun sup yang tidak mempunyai bau.